Saturday, December 19, 2009

Ahmed Berjaya Dikorbankan Oleh Arip

Nak ulas balik en3 yang dikeluarkan oleh Ahmed di - http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/12/11-sebab-mengapa-annual-bakri-patut.html.

Bila baca en3 tersebut,saya terkenang balik buku 50 dalil yang dikeluarkan oleh umno pada ketika anwar cuba dijatuhkan.

Saya tak nak ulas tentang buku tersebut dan hubungkaitnya dengan en3 yang Ahmed keluarkan diblog saynotomunafiqeen.

Apa yang saya mahu ialahr supaya pembaca berfikir kembali sedalam-dalamnya.

Bukan dengan niat membela sesiapa nama yang disebut didalam en3 tersebut tetapi ulasan adalah mengikut apa yang saya perhatikan.

SetPol TGNA Anual Bakhri telah berkhidmat selama lebih kurang 10 tahun dan dalam masa perkhidmatannya kerajaan Kelantan berada dalam keadaan yang cukup-cukup baik malahan pada ketika imbangan dalam DUN berbeza cuma 1 kerusi sahaja pun TGNA masih gagah dan hebat dan pada ketika itu SetPol yang sama juga berkhidmat dengan TGNA.

Persoalan timbul atas kreadibiliti SetPol TGNA cuma timbul setelah arip berada dalam listing peneraju PMBK.

Fitnah pada SetPol TGNA mula timbul dengan kehadiran arip didalam pentadbiran PMBK dan tidak pula sebelum itu.

Saya merasa pelik dengan keadaan ini dan mula berfikir - kenapa fitnah ini tiada sebelum ini sepanjang 9 tahun SetPol yang sama berkhidmat tanpa kehadiran arip tetapi tiba-tiba sebaik arip muncul dalam pentadbiran PMBK,nama SetPol yang sebelum ini tiada calar mula dicalarkan.

Apa agendanya?

Kenapa baru sekarang dan tidak sebelum ini?

Butakah mereka yang berada disekeliling SetPol selama 9 tahun sebelum ini?

Begitu juga dengan nama exco yang disebut. sebelum adanya arip,nama exco tersebut tidak pernah cuba dicalarkan tetapi sebaik saja arip timbul,nama exco tersebut disebut-sebut sebagai dalang yang cukup-cukup jahat disisi TGNA.

Pada saya jika timbulnya 1 nama baru dan nama-nama yang lama mula tercalar,itu bukan kerana yang lama itu bermasalah.

Ini adalah kerana yang baru timbul itu adalah masalah.

Dan paling sedih bila yang bermasalah ini cuba pula menggunakan Ahmed untuk menafikan bahawa dia bermasalah.

Paling bermasalah pada ketika ini ialah Ahmed.

Bila nak bersumpah?

Bila nak minta maaf?

Kalau segan nak bersumpah sebab ada alasan tertentu dan jika rasa malu nak minta maaf secara terbuka maka ada baiknya Ahmed tutup saja blog saynotomunafiqeen,buka blog lain dan gunakan nama lain.

Sebelum itu berdoalah semoga yang difitnah selama ini mengampunkan kerja-kerja jahat Ahmed selama ini atas nama saudara seagama.

Takat hari ini,tak satu pun tuduhan Ahmed dilengkapi dengan fakta,hujah dan bukti.

Akhirnya Ahmed berjaya dikorbankan oleh arip demi kepentingannya sendiri.

Yang rugi banyak ialah blogger yang gopoh macam Ahmed.

Mulai hari ni ingatlah dalam kehidupan yang seterusnya bahawa IMAN ITU TIDAK DAPAT DIWARISI HATTA DARI SEORANG AYAH ATAU PAK MENTUA YANG BERTAQWA.

Arip ni orangnya sombong.

Selalu pada lidahnya berkata - dalam kelantan ini tidak ada seorang pun yang layak memegang jawatan atau memikul tugas yang disandangnya iaitu CEO PMBK.

Kalau aku fitnah(apa yang arip sebut diatas)celakalah aku seumur hidup aku.

Mulianya Si Ahmed

Dalam en3 Ahmed dibawah,
________________________________________

PERGI JAHANAM SAMA KO PUNYA PERJUANGAN JIKA KO TAK SOLAT

Jahanam di sisi manusia bertopeng tak sama dengan jahanam di sisi Allah swt.

Begitu juga jika jahanam di sisi bloggers bukan bererti jahanam di sisi Allah swt.

Mulia dan terpuji di sisi bloggers bukan bererti mulia dan terpuji di sisi Allah swt.

Mulia dan terpuji di sisi pimpinan juga bukan bererti mulia dan terpuji di sisi Allah swt.

PERGI JAHANAM SAMA KO PUNYA PERJUANGAN JIKA KO TAK SOLAT !!
________________________________________

Macam mana pulak dgn perjuangan yang bukan Islam?

Pergi jahanam jugak kah?

Kalau sembahyang 5x sehari semalam + dgn sembahyang sunat dan macam-macam sembahyang lagi tapi dalam masa yang sama menabur fitnah adu-domba macam dalam en3 - http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/12/tok-guru-dicerca-dan-dihina-kenapa.html dikira sebagai apa disisi Allah?

Mulia?