Wednesday, December 16, 2009

Mengata Dulang Paku Serpih!

Aku ambik dari blog lain -
_______________________________________________

Sebalik tekanan agar melepaskan jawatannya segera, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman pula menyerang dengan mempersoalkan sikap membisu Datuk Husam Musa berhubung isu yang menyelubungi agensi itu.

"Sikap membisunya menimbulkan banyak persoalan," kata menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada The Malaysian Insider.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan dilanda krisis ekoran pemecatan Pegawai Perhubungan Korporatnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga blogger dikenali sebagai Kickdefella.

Beliau dipecat kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan melibatkan Ariffahmi sendiri.

Krisis tersebut sekali gus menuntut banyak pihak mendesak Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya.

Ia kembali hangat minggu lalu apabila Ariffahmi mengumumkan yang beliau hanya akan meletakkan jawatannya Mac depan.

Menurut Ariffahmi, Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak seharusnya mengambil sikap demikian jika benar-benar niatnya adalah untuk memperjuangkan kebenaran sebagaimana beliau memperjuangkan isu tuntutan royalti minyak.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan.

"Husam mesti tunjukkan juga pendiriannya dalam isu Kickdefella (Syed Azidi)," katanya.

Syed Azidi dikatakan individu sangat rapat dengan Husam sebelum ini pernah membuat kenyataan secara terbuka bahawa walaupun secara rasminya kerja dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan tetapi bosnya yang sebenar ialah Husam.
_____________________________________________

Yang dekat atas tu dah dekat sepuluh kali aku dengar Arip tegas mintak Husam buat kenyataan tiada kaitan dengan Azidi.

Kita ramai-ramai tanya Arip balik berani tak dia buat kenyataan rasmi tak kiralah dekat mana-mana media bahawa dia@Arip sendiri tak de kaitan iaitu tak pernah gunakan mana-mana blogger untuk memburukkan peribadi Azidi dan juga Husam!

Berani ke kau Arip?

Yang aku tau, kalau Husam pakai blogger, jelas Azidi sorang je.

Kau pulak pakai berapa orang Arip? nak aku sebut sorang-sorang?

Blogger-blogger yang Arip pakai ni dulu hebat-hebat,sekarang dah hilang taring.

Akibat pertahankan si Munafeeq.

Ahmed pulak macam mana? bila nak bersumpah yang kau tak de kena mengena dengan Arip?

1 comment:

Anonymous said...

saynotomunafiqeen baca tak blog hang ni? Cuba buat link dengan dia. Hang ni amatur jugak!