Friday, December 18, 2009

Saynotomunafiqeen Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang!

Ni lagi 1 fitnah jahat si saynotomunafiqeen. mintak dia bertanggungjawab keatas tuduhan yang dia buat pada Anual Bakhri segera sebelum tindakan diambil oleh Anual Bakhri.

Dibawah ni artikel dari blog saynotomunafiqeen dan dibawah artikel ni ialah kenyataan balas mohon pertanggungjawaban dari Anual Bakhri.
________________________________________

11 SEBAB MENGAPA ANNUAL BAKRI PATUT DIGUGUR DARI MENJADI SETIAUSAHA POLITIK TOK GURU NIK AZIZ

Artikel ini sebenarnya bertujuan untuk mencari punca sebenar dan penyelesaian Kemelut dalaman politik PAS kelantan yang sentiasa berlaku dari masa ke semasa di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan.Walaupun sudah hampir 20 tahun PAS memerintah Negeri kelantan di bawah kepimpinan TGNA Kita melihat sentiasa ada krisis dalaman samada kecil atau besar yang sentiasa menganggugugat dan menjejaskan pentadbiran TGNA yang sedikit sebanyak ianya menjadi isu besar yang dimainkan oleh pimpinan UMNO kelantan untuk melemahkan dan menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.

Hasil dari kajian mendalam dan maklumat yang kami terima daripada orang ramai, pegawai-pegawai Kerajaan dan Exco-Exco, punca permasalah sebenar yang membawa kepada kemelut-kemelut yang sentiasa berlaku di dalam Kerajaan PAS Kelantan umumnya dan pentadbiran TGNA khasnya ialah SETPOL kepada TGNA sendiri iaitu Saudara Annual Bakri Haron.

Antara maklumat-maklumat sahih yang kami terima mengenai SETPOL MB Kelantan ini adalah seperti di bawah.

1.Memalukan Tok Guru kerana pernah ditampar oleh bekas Ketua Cawangan UMNO Bunut Payong, Cikgu Kadir, di dalam satu majlis kenduri di Bunut Payong kerana menyebut bahawa cikgu itu perlu mengucap dua kalimah syahadah semula. Kejadian ini menyebabkan penduduk Kampung Bunut Payong memulaukannya dan memaksa dia berpindah rumah ke Kampung Kota. Mana ada Setiausaha Politik lain yang pernah ditampar oleh orang kampung? Dan tidakkah mengkafirkan orang lain menjadi kesalahan di sisi agama daan undang-undang? Tak percaya tanyalah Cikgu Kadir sendiri, no telefonnya 012-9301521.

2.Bergaduh dengan Setiausaha Akhbar Tok Guru, Ustaz Saiba, sehingga tidak bertegur sapa hingga sekian lamanya kerana dia mengambil teks-teks ucapan Tok Guru yang ditulis oleh Ustaz Saiba dan membukukannya dengan menulis namanya sendiri sebagai penulis. Tinggikah akhlaknya bila tidak bertegur sapa dengan kawan sepejabatnya sendiri? Tinggikah akhlaknya bila menciplak tulisan-tulisan Ustaz Saiba dan orang lain dan mengaku tulisannya sendiri?

3.Bergaduh dengan anakanda Tok Guru, Ustaz Nik Abduh, kerana takut pengaruh Ustaz Nik Abduh ke atas Tok Guru melebihi pengaruhnya. Selain dari salah seorang Exco, dialah yang Ustaz Nik Abduh gelarkan sebagai pembantu ayahandanya yang sesat di dalam blognya dulu. Siapa sahaja yang dirasakan boleh mengancam penguasaan totalnya ke atas Tok Guru akan dicantas olehnya, tidak kiralah mereka itu kawan-kawan sepejabatnya atau kaum keluarga Tok Guru sendiri. Padanya Tok Guru hanyalah miliknya seorang sahaja, bukannya milik orang parti atau kaum keluarga Tok Guru sendiri.

4.Sering tidak menjalankan tugas sebagai Setiausaha Politik, tapi menggunakan kedudukannya untuk kepentingan dirinya dan untuk mempopularkan dirinya sebagai penyajak dan penulis. Menubuhkan sebuah syarikat penerbitan menggunakan nama penanya sendiri (anbakri publications). Mana ada Setiausaha Politik lain yang menubuhkan syarikat penerbitan sewaktu masih memegang jawatan Setiausaha Politik. Apakah ini tidak menyalahi tatatertib perkhidmatan?

5.Memberikan gambaran salah masyarakat kepada Tok Guru melalui tulisan-tulisannya yang caca merba tanpa fikrah yang jelas tetapi menggunakan nama Tok Guru. Tidak mempunyai asas didikan agama yang kuat tapi berlagak lebih Islam dari mereka yang bergelar Ustaz. Tidak menghormati Tok Guru dengan hanya menulis “Nik Abdul Aziz” tanpa sebarang gelaran sebagai tajuk buku-bukunya. Imejnya yang selekeh dengan rambut yang panjang dan berserabut tidak bersesuaian dengan imej Tok Guru sebagai MB dan Mursyid Am PAS.

6.Menjatuhkan maruah Tok Guru dengan menjual sendiri buku-bukunya kepada orang ramai dan memaksa Perhubungan PAS Negeri, agensi-agensi kerajaan seperti SEDC atau orang-orang korporat yang rapat dengan Tok Guru membeli buku-bukunya kononnya di atas arahan Tok Guru. Keuntungan dari jualan buku-bukunya itu masuk ke dalam poketnya sendiri. Apakah ini tidak satu akhlak yang sesuai bagi Setiausaha Politik Tok Guru?

7.Terlalu lama menjadi Setiausaha Politik Tok Guru berbanding Setiausaha Politik Tok Guru yang lain. Cikgu Wan Rahim menjadi Setiausaha Politik Tok Guru selama empat tahun sahaja (1990-1994). Haji Husam pula menjadi Setiausaha Politik Tok Guru selama enam tahun sahaja (1994-1999). Tapi dia menjadi Setiausaha Politik Tok Guru sudah sepuluh tahun (dari 1999 sampai sekarang), seolah-olah tiada tokoh lain di dalam PAS Kelantan untuk menjadi Setiausaha Politik Tok Guru.

8.Sering memberikan nasihat politik yang salah dan tak seiring dengan kehendak parti kepada Tok Guru. Ini kerana dia bukan orang parti tapi pegawai tadbir kerajaan pusat (Kementerian Kewangan) yang diimport masuk ke Pejabat MB oleh salah seorang yang bergelar Exco sekarang ini. Cikgu Wan Rahim dahulu adalah Setiausaha Perhubungan Negeri. Haji Husam pula waktu itu adalah Ketua Pemuda PAS Negeri. Jadi mereka tahu kehendak parti.Dua orang SETPOL sebelum ini ( Husam & Cikgu Wan Rahim) telah diangkat oleh parti dan rakyat menjadi YB di kawasan masing- masing setelah tamat menjadi SETPOL TGNA, tapi tidak dengan Annual Bakri . ini adalah kerana sikapnya dan lagaknya yang tidak sesuai menjadi orang politik dan tidak disukai komuniti politik PAS Kelantan. Jadi penyajak kampung dusun boleh laaa.

9.Tidak mempunyai perhubungan yang baik dengan orang-orang parti kerana sikapnya yang ego. Sering menghalang orang-orang parti atau orang-orang lain yang mahu menemui Tok Guru dari berbuat demikian tanpa sebab yang nyata. Suka mencantas pemimpin veteran, contohnya Ustaz Halim Rahman. Menggunakan bahasa Inggeris dan ayat-ayat berbunga sewaktu berkomunikasi dengan orang-orang parti dan orang-orang kampung.

10.Oleh kerana dia dibawa masuk ke Pejabat MB oleh salah seorang Exco , maka tindak-tanduknya sebagai Setiausaha Politik Tok Guru adalah untuk menjaga kepentingan Exco berkenaan bukan untuk menjaga kepentingan Tok Guru. Bukan juga untuk menjaga kepentingan parti kerana dari dulu sampai sekarang dia tahu dia tidak disukai oleh kebanyakan orang parti. Adalah menjadi kebiasaannya untuk berulang alik dari pejabat TGNA ke pejabat Exco itu untuk melaporkan perkembangan terkini hasil dari perbincangan dengan TGNA. Selepas itu rancangannya akan berjalan hasil dari maklumat rahsia yang keluar dari mulut TGNA demi kepentingan Exco itu dan kroni-kroninya.Dalam masa yang sama Exco-Exco lain juga berhak mendapat maklumat seperti Exco itu tetapi dinafikan secara total.

11.Suka mengambil kesempatan program kerajaan dan parti untuk menonjolkan diri sebagai penyajak ulung di abad ini.Pernah seketika jawatankuasa perakan meluat dengan sikapnya yang mengambil peluang untuk bersajak selepas ucapan kemuncak TGNA pada program perjumpaan di hotel nikko kuala Lumpur.Yang kelakarnya semasa dia bersajak hadirin semua bangun keluar dari dewan kerana frust anti klimaks yang dibuat oleh Annual selepas semangat balik mengundi berjaya dibangkitkan oleh TGNA dan penceramah sebelumnya.Begitu juga dengan program pembelaan palestin di stadium,yang mana beliau mengambil kesempatan untuk bersajak tak kena tempat dan menghuraikan ayat-ayat Alquran yang dibaca oleh qari jemputan. Para ustaz dan ulamak yang hadir pada malam itu menyatakan pekara tersebut tak sepatutnya berlaku dalam majlis tersebut.mungkin kerana keghairahannya (naik syekh ) melihat hadirin yang ramai beliau terus meminta microfon dari pengerusi majlis dan menyampaikan sajak tanpa menghiraukan hadirin yang meluat dengan perbuatannya itu.
________________________________________

MENUNTUT PERTANGGUNGJAWABAN

1. Latarbelakang

Mari saya mula menjawab artikel yang berbunyi 11 sebab mengapa Anual Bakhri patut digugurkan dari menjadi SUP Tok Guru Nik Aziz yang ada dimuatkan di dalam blog Pinkturtle mulai 8 Oktober 2009 dan di dalam blog saynotomunafiqeen bermula 10 Oktober 2009.

Jika diikutkan kiraan hari sudah 66 hari atau kira-kira 2 bulan 6 hari ia diumpan di situ untuk apa jua tujuan yang (?).

Agar terpelihara dari sifat munafiq yang salah satu daripada cirinya ialah “bila bercakap, orang munafiq itu berdusta,” maka mari kita renungi petikan ayat al-Quran ini :

“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekalian sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka”. (Surat An Nisaa’: Ayat 145).

2. Meragui kesahihan

Setelah membiarkan dan membenarkan tempoh kebebasan berfikir dan memilih selama 66 hari tanpa sebarang gangguan berlaku, kedua-dua pemilik nampaknya tidak merasa bersalah atau terasa sebarang kekesalanpun sedikitpun di atas artikel yang diangkatkan itu, maka barangkali saya harus ambil satu sikap yang lebih berdepan dalam melayan kerenah sahabat-sahabat kita yang senakal ini. Untuk maksud ini mari saya melayan dari bawah dengan mengambil satu sahaja faktor yang dilambung sebagai salah satu sandaran iaitu faktor ke sebelas yang menuduh:

“11.Suka mengambil kesempatan program kerajaan dan parti untuk menonjolkan diri sebagai penyajak ulung di abad ini.Pernah seketika jawatankuasa perakan meluat dengan sikapnya yang mengambil peluang untuk bersajak selepas ucapan kemuncak TGNA pada program perjumpaan di hotel nikko kuala Lumpur.Yang kelakarnya semasa dia bersajak hadirin semua bangun keluar dari dewan kerana frust anti klimaks yang dibuat oleh Annual selepas semangat balik mengundi berjaya dibangkitkan oleh TGNA dan penceramah sebelumnya.

Begitu juga dengan program pembelaan palestin di stadium,yang mana beliau mengambil kesempatan untuk bersajak tak kena tempat dan menghuraikan ayat-ayat Alquran yang dibaca oleh qari jemputan. Para ustaz dan ulamak yang hadir pada malam itu menyatakan pekara tersebut tak sepatutnya berlaku dalam majlis tersebut.mungkin kerana keghairahannya (naik syekh ) melihat hadirin yang ramai beliau terus meminta microfon dari pengerusi majlis dan menyampaikan sajak tanpa menghiraukan hadirin yang meluat dengan perbuatannyaitu.”

SUMBER : http://pinkturtle2.wordpress.com/

3. Apa Yang Sebenar

3.1 Apa yang sebenar ialah penglibatan saya di kedua-dua acara diputuskan melalui mesyuarat. Bersifat melaksanakan amanah yang diberikan saya telah menyediakan skrip untuk acara pertama yang telah diadakan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur yakni seminggu sebelum PRU12. Skrip penuh yang saya bacakan bukannya sajak yang “syok sendiri” kerana tak sedar diri tetapi sebuah proklarasi lengkap yang diteliti dan diluluskan oleh YAB. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Kandungan penuh transkrip proklamasi yang saya baca sepenuhnya pada malam itu adalah seperti di bawah:
3.2 Manakala untuk acara kedua pula, atas arahan pihak atasan, saya telah diminta untuk membaca terjemahan satu petikan dari ayat-ayat suci Al-Quran setelah selesai di baca oleh al-Fadhil Ustaz Wan Luqman al-Hafiz, pensyarah KIAS di program Malam Pembelaan Palestin bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Diawal tahun ini. Sekali lagi, jauh dari mendeklamasikan sajak seperti yang difitnah dan diherdik, saya cuma melaksanakan amanah untuk membaca terjemahan Surah al- Maidah dari Ayat 12-26 berasaskan Kitab Tafsir Pimpinan Ar- Rahman dan itulah yang telah saya lakukan.

Mangapa diambil dari kitab itu? Jawabnya mudah. Ini kerana sekali lagi, saya dipandu oleh YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan untuk membaca terjemahan menggunakan petikan maksud dari kitab itu. DAN, Tuan Guru sendiri secara peribadi yang memilih ayat-ayat itu. Ini bukan kerja sembarangan yang spontan dek lonjakan keghairahan kerana kononnya saya “(naik syekh ) melihat hadirin yang ramai dan terus meminta microfon dari pengerusi majlis dan menyampaikan sajak tanpa menghiraukan hadirin” seperti yang didakwakan itu.

Ringkasnya, dengan menggunakan panduan kedua-dua skrip bertulis inilah saya bersuara tanpa sebarang tokok tambah. DAN, kedua-duanya bukan sajak. Sekali lagi saya ulangi, ia non- sajak.

4). Pilihan Yang Ada?

Izinkan saya pandu Ustaz Man yang menjadi pemilik blog Pinkturtle dan saudara Ahmed yang menjadi orang nombor satu blog saynoyomunafiqeen dengan sedikit literature berhubung dengan makna beberapa istilah undang-undang yang berhubung kait dalam isu ini bagi menggambarkan implikasi.

“In law, defamation—also called calumny, vilification, slander (for spoken words), and libel (for written or otherwise published words)—is the communication of a statement that makes a claim, expressly stated or implied to be factual, that may give an individual, business, product, group, government or nation a negative image. It is usually, but not always,[1] a requirement that this claim be false and that the publication is communicated to someone other than the person defamed (the claimant).

In common law jurisdictions, slander refers to a malicious, false and defamatory spoken statement or report, while libel refers to any other form of communication such as written words or images. Most jurisdictions allow legal actions, civil and/or criminal, to deter various kinds of defamation and retaliate against groundless criticism. Related to defamation is public disclosure of private facts, which arises where one person reveals information that is not of public concern, and the release of which would offend a reasonable person. "Unlike [with] libel, truth is not a defense for invasion of privacy."[2]

False light laws are "intended primarily to protect the plaintiff's mental or emotional well-being."[3] If a publication of information is false, then a tort of defamation might have occurred. If that communication is not technically false but is still misleading, then a tort of false light might have occurred.[3]

In most civil law jurisdictions, defamation is dealt with as a crime.”

5). Penutup:

Saya dengan ini memberi tempoh sepuluh hari kepada kedua-dua pihak berkenaan untuk membuat pembetulan. Jika hari ini adalah 17 Disember 2009, maka atas prinsip pertanggungjawaban, saya menuntut satu permohonan maaf terbuka dibuat kepada saya bermula dengan paparan di skrin hadapan Pinkturtle dan Saynotomunafiqeen. Tuan-tuan diberi sepuluh (10) hari dari hari ini ( 17 Disember 2009 ) untuk berbuat demikian. Barangkali, saya tidak perlu sudahkan ayat, apa yang akan berlaku jika ini tidak berlaku. Mencukupilah dengan perenggan 4 untuk mebayangkan jalan yang akan menemui kita atas landasan yang selanjutnya.

Annual Bakri Haron.
Bertarikh:17 Disember 2009
________________________________________

Tindakan seterusnya macam mana wahai Ahmed?

Dengar cerita pinkturtle dah selesaikan masalah ni dengan Anual Bakhri.

Kau macam mana?

Nak pertahankan tembikai yang kau cakap 4 segi tu?

1 comment:

MALAYSIABARU said...

malaysiabau.com said


JANGAN AIBKAN TOK GURU... SEOLAH OLAH PILIHAN TOK GURU TU BODOH BANGAP SENGAP ANTI ISLAM DAN ;KAFIR (PINJAM KATA-KATA HAJI HADI)


HORMATI PILIHAN TOK GURU.

ANDAIKATA TOK GURU PILIH STOPA ALI JP SETPOL ,,,NAK BUAT MACAM MANA?

MAI KITA SEMUA MASYUK UMNO LAH DGN TOK GURU SKLI