Wednesday, December 16, 2009

Mengata Dulang Paku Serpih!

Aku ambik dari blog lain -
_______________________________________________

Sebalik tekanan agar melepaskan jawatannya segera, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman pula menyerang dengan mempersoalkan sikap membisu Datuk Husam Musa berhubung isu yang menyelubungi agensi itu.

"Sikap membisunya menimbulkan banyak persoalan," kata menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada The Malaysian Insider.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan dilanda krisis ekoran pemecatan Pegawai Perhubungan Korporatnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga blogger dikenali sebagai Kickdefella.

Beliau dipecat kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan melibatkan Ariffahmi sendiri.

Krisis tersebut sekali gus menuntut banyak pihak mendesak Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya.

Ia kembali hangat minggu lalu apabila Ariffahmi mengumumkan yang beliau hanya akan meletakkan jawatannya Mac depan.

Menurut Ariffahmi, Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak seharusnya mengambil sikap demikian jika benar-benar niatnya adalah untuk memperjuangkan kebenaran sebagaimana beliau memperjuangkan isu tuntutan royalti minyak.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan.

"Husam mesti tunjukkan juga pendiriannya dalam isu Kickdefella (Syed Azidi)," katanya.

Syed Azidi dikatakan individu sangat rapat dengan Husam sebelum ini pernah membuat kenyataan secara terbuka bahawa walaupun secara rasminya kerja dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan tetapi bosnya yang sebenar ialah Husam.
_____________________________________________

Yang dekat atas tu dah dekat sepuluh kali aku dengar Arip tegas mintak Husam buat kenyataan tiada kaitan dengan Azidi.

Kita ramai-ramai tanya Arip balik berani tak dia buat kenyataan rasmi tak kiralah dekat mana-mana media bahawa dia@Arip sendiri tak de kaitan iaitu tak pernah gunakan mana-mana blogger untuk memburukkan peribadi Azidi dan juga Husam!

Berani ke kau Arip?

Yang aku tau, kalau Husam pakai blogger, jelas Azidi sorang je.

Kau pulak pakai berapa orang Arip? nak aku sebut sorang-sorang?

Blogger-blogger yang Arip pakai ni dulu hebat-hebat,sekarang dah hilang taring.

Akibat pertahankan si Munafeeq.

Ahmed pulak macam mana? bila nak bersumpah yang kau tak de kena mengena dengan Arip?

Saynotomunafiqeen Membela Si Munafeeq?

Yang ni aku ambik dari blog al bakistani -
_______________________________________

Semasa ceramah Tuan Guru nik Abdul Aziz di Taman melewar baru-baru ini, aku bersama seorang kawan pergi. Sedang mendengar ceramah, tiba-tiba telefon kawanku berbunyi.

Aku membiarkan sahaja. Tidak ada faedahnya aku mengambil tahu siapa yang menelefon kawanku itu.

Setelah selesai telefon, kawanku itu maklumkan bahawa yang menelefon dia adalah Ariffahmi, seorang COO yang sedang dilubung isu yang melibatkan PMBK.

“dia nak jumpa kita” kata kawanku itu.

”ahh... dia nak buat apa jumpa kita?” tanyaku balik

”ala... kita pegi dengar la dulu, apa yang dia nak dari kita” kata ariffahmi lagi.

”emm... ok.. tapi bila?”

”esok.. kot”..

”bukankah kita nak pegi rumah tunang anta esok?”

”dia kata, kalau lewat malam pun tak pe... asal nak jumpa juga”

”ooo.. maknanya, dia jumpa kita nanti lepas balik dari Johor la”

”yap...” ringkas kata kawanku itu.

GOMBAK

Kami ke Johor. Aku, isteriku, anakku dan kawanku itu bersama-sama ke Johor menaiki kereta avanza hijau yang merupakan buraq harianku. Muar tempat yang kami pergi.

Setelah selesai urusan kami di Johor, kami terus balik ke Sungai Buloh. Setelah sampai, kami menguruskan beberapa urusan terlebih dahulu. Kemudian, dalam hampir pukul 12 malam, baru kami menghubungi Ariffahmi untuk berjumpa.

dia maklumkan, bahawa dia bermalam di Nikko Hotel, Ampang Park. Justeru, dia minta agak kami berjumpa dengannya di Nikko Hotel tersebut.

Kami faham, pertemuan dengan kami itu adalah disebabkan faktor kami adalah blogger. Makanya, kami mencadangkan agar dia berjumpa dengan seorang lagi blogger yang agak otai dalam ulasan politik. Dia bersedia berjumpa.

Kami bersama-sama menuju ke arah gombak dengan kereta avanzaku. Dalam kereta, Ariffahmi berkali-kali menyebut, ”kesian kat ana syaikh”

Aku agak kepelikkan. Apa motif ayat ini dikeluarkan dihadapanku bersama seorang kawan yang merupakan blogger juga.

”mungkin dia dah penat kot hadapi isu dia ni kot” hatiku berkata-kata.

ADA PIMPINAN

Sesampai kami di gombak, untuk berjumpa dengan salah seorang blogger Otai. Kami berjumpa juga dengan salah seorang pimpinan tertinggi PAS. juga seorang blogger yang sudah dikenali dalam dunia blogger.

Pada peringkat awalnya, ariffahmi agak teragak-agak untuk turun dari kereta, apabila dimaklumkan ada salah seorang blogger yang dia sangat kenal itu berada di situ. Tetapi, berkali-kali dipujuk, baru dia akur.

Kami turun dari kereta, dan disambut mesra oleh dua blogger otai, juga salah seorang pimpinan tertinggi PAS di situ.

”ana pergi satu tempat. Ramai ana jumpa. Nak minum sampai tak sempat, sebab bersalam dengan orang kat situ.. macam mana Al-Bakistani boleh tulis dalam blog, yang ana ni orang tak kenal” kata pimpinan tertinggi PAS itu.

”ala.. memang la kat situ orang kenal anta.. kalau anta pegi kat tempat budak-budak ana.. dorang tak kenal langsung anta” balasku, sambil ketawa, kemudian disambut oleh pimpinan PAS terbabit.

Kemudian, kami memfokuskan tentang isu arif. Pimpinan PAS terbabit memberi banyak nasihat kepada arif. Juga menjelaskan tentang nasihat pimpinan atas terhadap isu yang melibatkan beliau.

Aku malas hendak mengambil port dalam perbualan mereka. Ini kerana, ia sudah melibatkan dengan seorang pimpinan PAS tertinggi dengan arif. Cumanya, kami mendengar semua perbualan mereka.

PERBUALAN BLOGGER

Mungkin pimpinan terbabit faham kedatangan arif tidak disangka kewujudannya, menyebabkan pimpinan PAS terbabit meminta permisi. Sebelum bertolak, dia bayar semua makanan yang kami makan.

Maka tinggallah arif bersama dengan tiga orang blogger, yang terdiri dari aku, kawanku, juga seorang blogger otai.

Banyak isu yang kami bincangkan. Boleh dikatakan, 99 % berkaitan dengan isu arif.

Pada pengamatanku, kehadiran arif berjumpa dengan kami dengan tujuan membela diri. Makanya, banyak persoalan yang kami lontarkan, dijawab oleh arif.

Secara peribadi, aku tidak berkeyakinan dengan jawapan arif. Ini kerana, segala jawapan yang diberikan, tidak mampu disertakan dengan bukti yang kukuh, waima diminta berkali-kali.

Yang terkejut sedikit, apabila dia menyalahkan salah seorang exco kerajaan negeri kelantan tentang isu ini.

”jahat sangat ke dia tu” soalku.

”syaikh.. anta tak kenal dia.. anta kena duduk kelantan bagi lama sikit” jawab Arif..

Arif memburukkan exco itu. kami hanya mendengar, kerana ingin mengetahui sahaja.

”macam ni la syaikh.. kalau anta bagi semua fakta-fakta dan maklumat-maklumat yang ada, kami serang exco itu. anta bersedia tak?” aku memberi soalan provokasi

”eh.. tak payah la melalui ana.. carila orang lain” jawab arif gelisah dengan soalan aku itu.

”kalau tidak melalui anta pun, anta bagi kabel pun tak pe.. kami jumpa dengan orang tu.. amacam?” soalan provokasi kedua terpancul.

”ala... anta pegi cari sendiri la..” jawab arif lagi.

“memang kami boleh cari.. tapi, nak cari kat mana.. anta bagi la ’bunga-bunga’nya sikit, baru senang kerja kami. Punca masalah anta pun selesai” sekali lagi aku bersuara, sambil dilihat oleh kawanku dan blogger otai tersebut.

PULANG

Jam ditangan, sudah mencecah hampir pukul 4 pagi. Aku dah berkali-kali menguap, tetapi arif nampak masih tidak mahu berganjak. Aku biarkan sahaja.

”eh.. hampa pegi hantar arif ni.. dah lewat dah ni.. ” blogger otai bersuara.

Aku gembira dengan ayat itu. maklumlah, dah lewat pagi dah ni. Mengantuk pun sudah tidak tertahan lagi.

Arif mungkin faham. Dia bangun, dan meluru ke arah kereta avanzaku, dan aku sendiri akan menghantar dia pulang ke Nikko Hotel.

”ana dengar kata, ramai blogger-blogger ini tidak berduit, betul ke?” soal arif.

Aku rasa ingin menjawab, tetapi kawanku terus menjawab, ”memang ada pun”

”kalau ada masalah kewangan, bagitau la.. ana akan cuba bantu sekadar yang boleh” Arif memaklumkan

Aku melihat wajah arif bila dia menyebut sedemikian. Mengapa beliau menyebut sebegitu? Aku tidak mengetahuinya.

“ala.. dia memang niat nak bantu kot.. maklumlah, inikan musim ramai orang tak ada kerja” hatiku berkata.

Arif juga ada menyebut, "ana rasa la, ana kena tulis semua cerita-cerita yang berkait dengan ana.."

"bagus tu.. buka blog sendiri, lepas tu jawab. Baru hilang kekusutan sikit" jawabku ringkas, "anta jawab je la semua fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh Kickdafella itu" sambung aku lagi, sambil mataku meleret ke arah wajahnya.

Kelihatan, dia mengangguk-ngangguk kepalanya. Di wajahnya kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu.

Sesampai sahaja di Hotel Nikko. Kami bersalaman. Arif sempat juga berkata, ”kalau sampai kelantan, telefon la.. boleh kita minum teh ke, apa ke”

”ok.. tuan.. Assalamualaikum” aku menjawab dan memberi salam

Sambil tersenyum, Arif menjawab, ”waalaikumsalam”

Pertemuan kami itu, habis sekadar itu. dan kami juga berazam, kalau sampai ke kelantan, kami ingin berjumpa dengan dia. Bukan senang hendak duduk lepak dengan orang besar di Kelantan.

Tetapi, mengejutkan apabila semalam ada seorang blogger dari Kelantan memaklumkan kepada kami, bahawa pertemuan kami pada malam tersebut dinafikan oleh ariffahmi dihadapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kami cuba menghubungi arif berkali-kali, tetapi dia tidak mengangkat hp. Persoalannya, mengapa ariffahmi nafikan pertemuan dengan kami pada malam itu?

Kami masih mencari jawapan sehingga hari ini.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Disember 2009 * 3:16 petang
________________________________________

Yang ni pulak aku ambik dari blog Zainulfakar -
________________________________________

Salam Pencerahan!

“Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi A _ _ _ mi…”

Dulu, saya tidak bersetuju dengan pantun sinikal di atas, apabila ada seorang siswa Kelantan di UM memperdengarkan pantun demikian.

Apabila saya bertemu sendiri dengan pemuda tersebut minggu lepas, saya rasa beliau lebih layak dipanggil Si P.E.N.C.U.R.I dari dipanggil ‘Siakap yang pembohong’.

Tiga hari lepas, saya mendapat tahu Si Pencuri itu berbohong lagi dengan Bapa Mentuanya tentang tujuan kedatangannya ke Kuala Lumpur 7 Disember lalu.

Dia tidak mengaku, kedatangannya ke KL waktu itu untuk melobi Bloggers supaya memburuk-burukkan seorang Exco Kanan di Kelantan dan membersihkan beberapa dakwaan rasuah/penyelewengan kuasa yang sedang membelit lehernya.

Awalnya, saya sendiri tidak tahu niat sebenar Si Pencuri itu.

Oleh kerana beliau mahu penjelasan lanjut berhubung beberapa dakwaan saya sebelum ini, saya sedia bertemu atas nama kebenaran.

Itu etika kewartawanan saya. Itu etika penulisan saya sebagai Bloggers!

Saya sendiri bersama seorang Ustaz pergi mengambil Si Pencuri di hotel mewah, Nikko.

Pertemuan itu membawa kami menikmati secangkir kopi di Restoran Taqwa (Baru) di Gombak.

Selain Ustaz itu, salah seorang Naib Presiden PAS dan 2 Bloggers ‘power’ pun ada di situ.

Kenapa takut nak mengatakan yang benar di depan Bapa Mertua? Takut hilang jawatan CEO?

Takkan nak tunggu saya hantarkan gambar dan rakaman MP3 tentang angkara Si Pencuri itu kepada Bapa Mertuanya di Kelantan, baru nak buat pengakuan sebenar?

Sekarang, saya boleh bersetuju dengan pantun sinikal di atas.

Malam ini, saya nekad berdoa Si Pencuri segera dipecat daripada jawatan CEO yang disandangnya, supaya dia tidak lagi menipu rakyat Kelantan dan orang-orang PAS atas nama baik Bapa Mertuanya.

Bab kecurian, nanti akan saya tuliskan dalam ‘Bahagian II’. Jangan marah…

Esok malam, saya akan ke Kelantan.

Nantilah saya cerita mengapa saya ke negeri Serambi Mekah itu.

KEFAHAMAN MENGASAK PERUBAHAN

ZainulFaqar Yaacob
Sunway Carnival | 11.02 malam
_______________________________________

Pertemuan diatas disertai oleh antaranya - Wanjo(blogger JiwoKlate),Pak Bakar (blogger Penarik Beca),Salahuddin Ayub(,Zainulfakar (wartawan Harakah & juga blogger) dan juga Albakistani (blogger).

Waktu pertemuan lebih kurang dari jam 1:20pagi hingga 4:00pagi.

Itu 1 bab penipuan sorang yang hebat yang dibela oleh Saynotomunafiqeen.

Ulasan panjang lebar membuang masa aku.

Masih menunggu bila Ahmed nak bersumpah bahawa semua artikel berkaitan dengan PMBK dalam blognya disiarkan tanpa arahan sesiapa.

Berani bersumpah?

jangan jadi "Munafeeq" tau! membela si munafeeq bukan 1 perbuatan yang baik!

Monday, December 14, 2009

Pemburu Syahid WAJIB Insaf!!!

Assalamu'alaikum kepada muslimin dan muslimat dan salam sejahtera untuk para pembaca yang bukan Islam.

Slesai baca entri kedua terbaru dari Ahmed,trus aku terfikir yang sebenarnya budak Ahmed ni masih belum matang dalam politik.

Jd aku nak jawab entri tersebut & aku harap Ahmed baca dengan tenang kendian pikir balik dengan akal yang waras.
________________________________________

Blog ini dihentam teruk kerana melibatkan diri dalam kemelut yang melanda Kelantan dalam beberapa ketika yang lalu.

Jawapan - kau kene hentam teruk bukan sebab kau melibatkan diri dalam kemelut Kelantan, tapi sebab cara kau tu yang tak betul.

Cara kau tu terlampau kuno. macam style umno!

Kau tak jawab dengan hujah tapi kau jawab dengan maki hamun!sebab tu kau kene hentam teruk!

Ada yang kata blog ini lebih sudu dari kuah. Ada yang kata blog ini telah dibeli. Ada yang kata blog ini telah menggadaikan maruahnya.

Jawapan - memang lebih sudu dari kuah,memang kau kena beli & memang maruah kau dah tergadai sebab kau tak dapatkan fakta yang betul dari dua-dua belah pihak.

Kau cuma dapatkan cerita dari arifahmi je tapi kau tak pernah cuba nak dapatkan cerita dari husam atau azidi.

Kau cuma bagi ruang untuk arifahmi je tapi kau tak pernah beri ruang untuk azidi atau husam dalam blog kau.

Apa je kenyataan balas dari husam atau azidi tak pernah kau siarkan dalam blog kau sebab tu persepsi pembaca pada kau sama dengan persepsi orang ramai pada PELACUR!

Bezanya pelacur jual maruah tapi kau bagi FREE je maruah kau!

Kau lagi hina dari pelacur!

Ada yang kata blog ini telah lari dari matlamat asalnya. Ada yang kata blog ini telah dipergunakan dan diperkudakan oleh Arifahmi.

Jawapan - memang tepat kata-kata tu.

Kau memang dah jadi kuda arifahmi.

Aku tau berapa kerap dia buat panggilan pada kau dan mintak kau up apa-apa cerita sebagai kenyataan balas dia pada azidi atau husam.

Berani kau bersumpah dengan nama Allah yang semua artikel kena mengena dengan krisis PMBK kau up kan sendiri atas inisiatif kau & bukan atas permintaan arifahmi?

Ada yang kata blog ini menabur fitnah. Ada yang kata blog ini memecahbelahkan PAS. Ada yang kata blog ini anti Husam. Ada yang kata blog ini menyiarkan artikel tanpa guna otak.

Jawapan - memang kau suka tabur fitnah.

Tengok artikel kau yang ni - http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/12/tok-guru-dicerca-dan-dihina-kenapa.html

Kenapa biarkan TGNA keseorangan menangkis serangan demi serangan dari Umno yang durjana itu? Yang lain dok buat apa?

Pemuda PAS pun satu hal, dah tau dapat maklumat awal bahawa Umno akan membuat onar dan tunjuk perasaan di depan bangunan SUK untuk serah memorandum kepada TGNA, kenapa tidak dikerahkan Pemuda-Pemuda PAS dari seluruh Kelantan? Bagi kamilah, Pemuda PAS Kelantan sesi kali ini adalah Pemuda PAS paling tak pandai buat kerja, paling taktau berpolitik dan paling banyak cakap tapi buatnya tidak.

Sepatutnya Pemuda PAS, Muslimat, Ulama dan lain2 berkumpul satu tempat dan gerakkan seluruh ahlinya dari Kelantan untuk berhimpun menyatakan sokongan kepada TGNA.

Jawapan - Oi Ahmed! kau tau tak masa UMNO buat demo depan SUK tempohari berapa kerat je orang UMNO yang datang?

Kau tau tak sebenarnya orang-orang UMNO yang datang untuk demo haritu sebenarnya dah dikepung oleh pemuda-pemuda PAS tanpa disedari mereka dan TGNA,arifahmi dan lain-lain pimpinan tau perkara tersebut dan buktinya ialah pada keesokan harinya satu majlis meraikan pemuda telah diadakan di JKR10 sebagai tanda terima kasih dan arifahmi jugak hadir dalam majlis tu!

Bos kau tak bagitau kau ke?

Itu bukan kira kau dah fitnah pemuda PAS ke bahlol?

Lagi satu aku nak tanya kau wahai Ahmed bahlol - Kau cakap kau pertahankan TGNA tapi dimana kau sendiri masa orang UMNO buat demo depan SUK?

Hari jumaat masa orang ramai berkumpul bagi sokongan dekat TGNA di Dataran Ilmu kau sendiri ada dekat mana?

Aku cadangkan supaya kau tukar nama blog kau dari saynotomunafiqeen kepada sayyestomunafiqeen sebab kau ada ciri-ciri munafeeq!

Ada yang kata blog ini hanya menyiarkan maklumat hearsay. Ada yang kata blog ini agent UMNO. Ada yang kata blog ini penyokong UMNO.

Jawapan - yang ni ada sikit betul dan ada sikit kurang betul.

Yang betulnya ialah kau menyokong usaha UMNO memburuk-burukkan TGNA bila kau mempertahankan sebelah pihak je.

Lepas ni atas usaha kau aku confident arifahmi & TGNA akan jadi model paklah & KJ versi PAS!

Macam macam.

Ana redha dengan semua tuduhan dan label label itu. Bukan bereti ana suka dilabelkan begitu tetapi ana memilih untuk meraikan perbezaan di kalangan kita.

Pada ana, ana pegang satu sahaja - Allah Maha Mengetahui.

Setakat ini, ana meyakini Arifahmi masih di pihak yang benar walaupun sukar untuk beliau bernafas kerana lubang udara yang ada hampir kesemuanya telah ditutup.

Jawapan - Ahmed bahlol!

Ni bukan soal sape benar sape salah tapi ni adalah isu persepsi orang ramai.

Kita slalu dok salahkan UMNO bila ada isu letak anak beranak dalam apa-apa organisasi tapi bila kena batang hidung sendiri kita nak pertahan pulak?

Macam mana kalau UMNO pun bagi alasan yang sama orang tu layak macam yang kau cakap?

Kau nak hujah dengan apa pulak?

kau nak cakap dekat UMNO dalam Kelantan ni dah tak de orang lain dah yang layak selain dari arifahmi?

Blog ini bersedia untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terlibat sekiranya sah lagi sahih Arifahmi bersalah. Namun, sebelum itu, buktikanlah Arifahmi itu benar benar bersalah.

Jawapan - sekali lagi aku bagitau kau isu PMBK ni bukan isu sape salah sape betul.

Takat yang aku perati tak de sape-sape pun yang cakap arifahmi salah.

Takat ni jugak x de sape pertikai kewibawaan arifahmi dalam PMBK cuma yang jadi isu ialah persepsi.

Kau paham ke tak paham persepsi tu apa?

Bukan soal menang atau kalah. Bukan juga soal mengejar rating. Bukan juga soal dibeli atau dilacurkan. Soalnya, ruang perlu disediakan untuk berforum. Itu sahaja.

Jawapan - Forum?

Oi Ahmed bahlol!

Mana ada forum yang tampilkan hujah sebelah pihak je?

Forum kene ada hujah dari dua belah pihak!

Aku tengok kau cuma tampilkan hujah dari arifahmi je.

Mana hujah dari azidi?

Mana hujah dari husam?

Forum kepala abah kau!

Wallahu a'lam.
________________________________________

Enough for today Ahmed.

Anggap je kau kena sekolahkan dekat aku dan hari ni hari pertama kau dalam kelas aku.

Esok aku bagi lagi dekat kau sampai kau sedar.

Ingat Ahmed!

Bukan soal sape betul sape salah.

Tapi soal masa depan PAS dan TGNA!

Sunday, December 13, 2009

Selamatkan PAS & TGNA: Matlamat Utama

Matlamat utama aku buka blog ni ialah untuk membunuh karier blogger-blogger yang menyokong Ariffahmi.

Selamatkan PAS & TGNA: Pengenalan

Assalamu'alaikum kepada muslimin dan muslimat dan salam sejahtera untuk para pembaca yang bukan Islam.

Selepas menjadi sekadar pemerhati dan pembaca dalam dunia politik: akhirnya aku putuskan untuk berblogging lantaran perasaan tidak puas hati kepada beberapa pihak yang aku lihat sudah lari jauh peranannya dalam dunia cyber.

Aku telah memerhatikan beberapa blogger yang akhir-akhir ini semakin gila.

Biar aku namakan terus blogger tersebut.

Mereka ialah Albanjari - http://politikbanjar.blogspot.com/, Pemburu Syahid - http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/, Manjungmari - http://manjongmari.blogspot.com/ dan beberapa lagi blogger lain.

Buat permulaan: aku lebih berminat untuk menyerang blogger Pemburu Syahid - http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/ kerana aku lihat blogger gila ini bukan sahaja setakat gila: malah sudah mencapai tahap babi gila.

Kahkahkahkahkahkah: pinjam ketawa Tukar Tiub.

Serangan pertama akan dibuat mulai hari isnin.

Lupa nak jelaskan sebab-sebab aku menyerang blogger-blogger tersebut.

Pertama: blogger-blogger ni tak de otak.

Banyak artikelnya merosakkan PAS Kelantan dan juga TGNA.

Kedua: blogger-blogger ni cuba menegakkan benang yang basah: menaip tanpa mengkaji atau siasat apa yang dia taip tu betul atau salah aka sokong bawa rebah.

Aku kenal blogger-blogger tersebut dan aku akan dedahkan satu persatu perihal mereka sampai mereka tersungkur.

Ahmed!

Kau akan jadi bahan nombor satu!